Followers

Jom main klik!Klik je kat mana² ANDA suka..Ten q ats klik anda,bsok klik lg ya....

Friday, May 21, 2010

Pengenalan

Pengenalan

Kewujudan Program Rakan Muda adalah merupakan lanjutan dari kajian mengenai belia lepak. Hasil dari kajian ini dan disokong pula dengan data yang diperolehi daripada polis,sekolah, seminar juvana,serta kajian-kajian berkaitan menunjukkan bahawa para remaja dan belia (terutamanya belia Melayu/Islam)terdedah kepada gejala sosial negatif ditahap yang amat merunsingkan.Selanjutnya data-data ini mempaparkan bahawa rata-rata para remaja dan belia yang terlibat adalah mereka yang tidak menunaikan solat,kurang pendedahan agama,dan tidak dapat bimbingan agama.Dengan kata lain kewujudan Program Rakan Muda diharapkan berperanan sebagai wadah untuk pembentukan para remaja dan belia ke arah kehidupan yang sihat dan mempunyai kekuatan untuk menangkis pujukan kemungkaran.

Walau bagaimanapun pemerhatian menunjukkan bahawa kehadiran program Rakan Muda mempunyai beberapa kelemahan yang boleh menjejas pencapaian matlamat penubuhannya. Lebih merisaukan lagi apabila Program Rakan Muda disinonimkan dengan Program Rakan Seks. Kertas perbincangan ini cuba melihat kepincangan dan luang-luang yang boleh Program Rakan Muda diperluaskan agar potensi kewujudannya menyerlah.

Pendekatan Khusus Ke Arah Memungkar Sifarkan Rakan Muda

Dalam kontek program Rakan Muda agen perubahan belia yang bertanggungjawab untuk membentuk peserta-pesertanya ialah Kementerian Belia dan Sukan,Jabatan Belia dan sukan Negeri dan Daerah,para penganjur,para jurulatih/fasilitator dan pembantu-pembantu tambahan dalam sesebuah aktiviti rakan muda. Agen-agen perubahan ini adalah dianggap sebagai pemimpin untuk membawa serta agar terbimbing ke arah manusia yang bernilai murni tanpa melibatkan diri dalam kemungkaran.Oleh yang demikian mereka terlebih dahulu perlu melalui satu proses tarbiyah mengenai konsep mungkar sifar dan peningkatan berkaitan menuju ke arah ini.Para agen ini hendaklah dibentuk agar menjadi contoh kepada peserta dan peka terhadap perkara-perkara yang boleh mengalakkan kemungkaran semasa membimbing para peserta.Matlamat penganjur ialah membawa perubahan dalam diri peserta dan bukan setakat mendapat tali pinggang hitam ataupun memacak bendera di atas gunung.Mereka perlu jelas serta komited tentang beberapa perkara yang boleh menghakis ketatasusilaan serta memupuk moral mereka.Sekiranya perlu selepas mendapat pendedahan sewajar para agen perubahan memberikan ikrar ketaatan mereka terhadap menghapuskan kemungkaran dalam aktiviti mereka.Sekurang-kurangnya untuk mempastikan mungkar sifar menjadi kenyataan para agen-agen perubahan hendaklah menghayati apa itu konsep "menghampiri zina",konsep solat dalam pembentukan mukmin sejati,apa itu konsep hal-haram,konsep amanah,konsep akhlak,mungkar dan sebagainya.Sekiranya perlu setelah melalui proses pembentukan mereka diberi sijil,mereka dinilai,walau bagaimanapun yang penting ialah mereka ini sentiasa dimonitor agar tindak tanduk mereka amalan mereka tidak membuka jalan kepada kemungkaran.Korikulum khusus induksi agen perubahan belia boleh diolah dengan sistematik agar ia boleh diterima oleh semua kaum,di smaping itu mereka perlu diberi pendedahan bagaimana hendak mengoperasikan konsep-konsep mengurangkan mungkar .Sebagai contoh konsep ibadah menjadi sebahagian daripada hidup dalam merancang aktiviti-cktiviti mereka,mereka hendaklah meletakkan waktu-waktu solat terlebih dahulu sebelum memasukkan pengisian yang lain.Juga sebagai contoh mereka perlu mengambil berat agar aktiviti-aktiviti yang membuka jalan untuk kemungkaran berlaku mereka mengasingkan antara lelaki dan perempuan serta menyediakan jurulatih lelaki untuk lelaki dan sebaliknya.

Satu daripada masalah khusus pembangnan remaja dan belia ini utnuk mendapatkan mereka melibatkan diri secara kumpulan berasaskan interest (minat).Oleh itu minat hendaklah dijadikan alat dan bukan matlamat.Dengan kata lain aktiviti silat,taekwando,karate mesti dijadikan dan kenderaan yang tertentu ini.Program itu hendaklah diolah supaya ia membentaras masalah mungkar.Kehadiran peserta setakat ini utuk meningkatkan kemahiran dalam suatu minat sahaja tetapi bukan untuk mereka disediakan mereka menjadi remaja yang boleh berdiri dengan kaki sendiri.Program seperti ini yang melibatkan minat hendaklah dioleh sehingga 50% program itu ditumpukan kepada pembentukan moral ataupun sifik sehingga mereka sendiri berrasa jijik untuk melibatkan beberapa perkara yang bercanggah dengan perkara ketatasusilaan dan 50 % lagi bolehlah ditumpukan kepada kemahiran dengan tujuan untuk memupuk mereka dalam aktiviti -aktiviti.
Mengenai aspek latar belakang peserta mereka terdiri daripada berbagai ciri kehidupan dan pengalaman.Di antara mereka mungkin terdapat sebilangan yang telah sebati dengan kehidupan kemungkaran dan mereka hadir ini untuk mencari peluang memperluaskan aktiviti mereka. Mungkin juga terdapat diantara mereka yang berada di pagar berhubung dengan kemungkaran apabila ada suasana mereka tiada kekuatan untuk menolak.Memang tidak dapat dinafikan juga di antara mereka terdapat golongan yang betul-betul ikhlas untuk memperbaiki diri.Tetapi mempunyai keimanan yang tipis,mereka juga boleh terperangkap.Menyedari situasi yang berbagai ini tiap-tiap peserta semestinya dibentuk terlebih dahulu sebelum melkibatkan diri secara terus dengan aktiviti yang ditetapkan agar kemungkinan melibatkan diri dalam kemungkaran dapat dibendung.Dengan kata lain pihak penganjur hendaklah mempastikan sebelum sesuatu aktiviti pendedahan khas diadakan tentang konsep dan amalan manusia yang berakhlak dan bagaimana menjaga maruah diri serta luang-luang yang boleh membuat mereka terjerumus ke dalam kemungkaran.Dengan cara begini mereka akan sentiasa peka dan sensitif tentang kemungkinan tersebut dan merreka sendiri akan menegur jika sesuatu aktiviti itu terkeluar daripada landasan.Sebagai contoh sesi pembentukan ini perbincangan bolehlah diadakan sekitar tajuk-tajuk berikut:

1. Menjaga maruah diri,falsafah kehidupan suci,menangkis amalan negatif,keburukan dan kesan,kaedah menyelamat kawan dari kemungkaran,kaedah menunjukkan suasana tanpa mungkar.
Walau bagaimanapun apa jua pendedahan yang diberikan diperingkat awal ianya tidak memberi kesan yang diharapkan sekiranya peringkatan tidak diberi secara berterusan.Dalam proses yang berterusan ini kepekaan mereka terhadap perkara-perkara yang mungkar akan terus meningkat dan mereka digalakkan untuk menjalankan kerja amal maarof nahi mungkar.Setakat ini terlalu banyak dipekatakan tentang pembentukan remaja solah tetapi sedikit sangat mengenai pembentukan remaja muslim.Rakan muda boleh menjadi wadah yang disegani sekiranya ia dapat menyediakan belia untuk memainkan peranan membawa konsep mungkar sifar dimana-mana mereka berada.Dalam buku konsep rakan muda ada digambarkan pembentukan remaja belia adalah hasil daripada interaksi agen sosialisasi berikut.Melalui penglibatan rakan muda mereka sepatutnya dibimbing agar berkeupayaan membawa perubahan kepada agen-agen perubahan yang sentiasa mempengaruhi mereka terutama sekali agen-agen yang membawa kepada negatif.Di samping itu mereka hendaklah di bimbing agar pergi kepada rakan-rakan sebaya mereka juga selama ini menjejaskan imej negara.Mereka dengar kata lain mereka akan dikeluarkan sebagai agen perubahan kepada kumpulan-kumpulan program pembangunan belia di negara ini.Peserta-peserta hendaklah diberi pengetahuan agar mereka mempunyai ciri-ciri kesedaran sivil.Mereka yang meninggalkan program rakan muda akan terus membawa sumber kebaikan dimana sahaja mereka berada.Dengan acara begini sesungguhnya kita menyambut kaedah kesan keadaan dari pendedahan semasa program rakan muda.Sebagai contoh peserta perlu ditetapkan dengan kemahiran serta pengetahuan berikut:

Membimbing rakan sebaya
- Perancangan program
- Kesukarelawanan
- Kepimpinana melalui tauladan
- Amal maarof nahi mungkar
- Penelitian dan pemerhatian

Bagi sesuatu amalan menjadi budaya ianya hendaklah amalkan secara berterusan dan menyeluruh.Sekiranya hati seseorang belum mantap dengan amalan tersebut ianya perlulah diingatkan secara berterusan.Oleh yang demikian setelah remaja mengikuti program Rakan Muda mereka perlulah dihubungi dari semasa keseamasa dan dipupuk secara berksan supaya apa yang mereka perolehi daripada rakan muda akan menjadi amalan harian mereka dan menjadi contoh kepada yang lain.Untuk maksud ini rakan muda hendaklah mempunyai sistem rumah perantaraan dimana ahli rakanmuda dapat berhubung atau dihubungi oleh rumah tersebut dan rumah perantaraan ini diselaraskan oleh alumni rakan muda yang telah mencapai tahap yang tinggi dalam kepekaan terhadap kemungkaran.Contoh rumah perantaraan ini termasuklah masjid,pertubuhan belia,kelab sukarela,dan pertubuhan-pertubuhan yang ada kaitan dengan kemahiran tertentu.Pertubuhan ini hendaklah sentiasa diawasi,ditingkatkan keupayaan mereka oleh kementerian dan Jabatan belia dan Sukan.Untuk mencapai maksud ini pertubuhan seperi masjid dan belia,PIBG pun perlu dilatih dengan pengetahuan dan kurikulum berikut:

1. Motivasi
2. Keagamaan
3. Penglibatan
4. Kerjasama
5. Soleh dan muslim
6. Kemimpinan
7. Bimbingan kaunseling

Perkara ini adalah amat penting supaya follow up berterusan ke atas program Rakan Muda, kalau tidak kesan program ini ke arah kemungkaran hanyalah untuk sementara sahaja.

Visi

Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara.

Misi

Melahirkan remaja yang berdisplin,bertanggungjawab,prihatin,dinamik,proaktif,cergas, berkepimpinan,berkemahiran,berdikari,berbudaya,patriotik,kesukarelaan dan daya juang yang tinggi.

Objektif

Mewujudkan komuniti yang saling berhubung antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda.

Mewujudkan unsur prihatin, mahir, dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia dengan semangat "Yakin Boleh Gemilang".

Membangunkan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif membina watak,displin, hormat-menghormati,setia,berkerjasama,bersatu dan bersemangat patriotik.

Memperbanyakkan jaringan hubungan dalam melaksanakan secara bersepadu bersama agensi yang mempunyai kepakaran khusus yang berkaitan dengan Gaya Hidup Rakan Muda.

Fungsi

Cawangan Pembangunan Gaya Hidup dan Penggerak

Urusetia JK3P Rakan Muda Kebangsaan.
Pemantauan,Pelaksanaan, dan penyelarasan aktiviti lapan (8) Gaya Hidup.
Penyelarasan Program Khas.

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Pengurusan,pemeliharaan dan pengembangan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Pemantauan Badan Operasi/Perlesenan.
Perancangan latihan pemimpin ARPM.

Sahsiah

Merancang dan melaksanakan input sahsiah dalam Program Gaya Hidup Rakan Muda.
Rakan Muda Ramadhan (Kafa dan Fardhu Ain).
Merancang aktiviti pembangunan sahsiah menerusi aktiviti Gaya Hidup.
Pemantauan pelaksanaan dan laporan Unit Sahsiah dan aktiviti Takwim Islam.
Perancangan program Islam Hadhari.

Penyelarasan Aktiviti Gaya Hidup Antara Agensi dan Khidmat Bantuan

Penyelarasan jawatankuasa bersama antara agensi Rakan Muda Fasa II.
Penyelarasan peruntukan penyaluran bantuan program.
Pengurusan sumber dan agihan peruntukan sektor-sektor.

Cawangan Pembangunan Organisasi dan Komuniti

Rakan Muda Jiran Muda

Kem Rakan Muda Jiran Muda.
Kem Tunas Jiran Rakan Muda.
Rakan Muda Jiran Wanita.
Konvensyen Rakan Muda Jiran Muda.
Weekends champ.

Sukarelawan

Program Sukarelawan Rakan Muda.
Program Sukarela Rakan Muda (RM) IDOL.
Program Peace Corps.

Kelab Rakan Muda

Kelab Rakan Muda Parlimen.
Pusat Kegiatan Rakan Muda.
Aktiviti Gaya Hidup Kawasan Parlimen.
Kemudahan infrastruktur Pusat Kegiatan Rakan Muda.
Latihan dan bimbingan.

Cawangan Pengembangan Rakan Muda

Promosi dan Publisiti

Perhubungan dan penyelarasan antara agensi.
Unit RM “Mobil”.
Perhubungan Awam Rakan Muda.

Sekretariat Rakan Muda

Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Sekretariat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Sekretariat Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES).
Sekretariat Agensi Kerajaan/Sektor Tempatan.
Sekretariat Kompleks Rakan Muda.

Rekod Sumber Maklumat,Kad Keahlian dan Pengurusan Penggerak Rakan Muda

ICT/Laman web.
Kad Keahlian Rakan Muda.
Rekod dan laporan tahunan.
Pengurusan Penggerak Rakan Muda.

Pembangunan Aktiviti Kompleks

Merancang aktiviti Kompleks Rakan Muda (KRM)/Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES).
Membentuk hubungan dengan (Non-Gorverment Organization) NGO.
Menyelaras aktiviti.
Menyediakan pelan perancangan.

Piagam Pelanggan


Bagi membangunkan modal insan golongan remaja ke arah penerapan nilai-nilai positif melalui
pelbagai kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda,maka kami berjanji :-

• Memberi perkhidmatan yang cepat, mesra dan telus bagi memenuhi kehendak pelanggan.
• Mempelbagaikan aktiviti/program bagi memenuhi kehendak golongan sasar Rakan Muda
• Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program Rakan Muda disemua peringkat
• Memastikan pelaksanaan setiap program bahagian dilaksanakan mengikut modul dan garis panduan pelaksanaan bagi mencapai objektif program
• Meningkatkan jaringan hubungan kerjasama dengan agensi, NGO's, badan-badan swasta dan lain-lain
• Memproses permohonan bantuan dari pelanggan dan memaklumkan keputusannya dalam tempoh 30 hari
• Membuat penilaian setiap program bagi tujuan penambahbaikan
• Memberi maklumbalas kepada setiap surat yang diterima oleh Bahagian dalam tempoh 7 hari bekerja
• Memproses permohonan Kad Keahlian Rakan Muda dan membuat penyerahan kad serta merta melalui pendaftaran secara manual (borang biru). Bagi pendaftaran secara online dan surat menyurat dalam tempoh 14 hari.
• Membuat promosi dan publisiti secara meluas program Rakan Muda

Meningkatkan integriti yang tinggi sebagai penjawat awam semasa memberi perkhidmatan .

Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti.Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti.(Community Youth Development ).

Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi,sosial,budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda.Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan,pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan,berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut.Di bawah teras ini,tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja,seperti patriotisme,kesukarelaan,berbudaya,pendidikan moral,pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.


L A T A R B E L A K A N G


Program Rakan Muda telah dilancarkan di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1994.Program ini telah diiktiraf sebagai sebuah program pembangunan sosial dengan tumpuan untuk melahirkan generasi pewaris yang sempurna,bertanggungjawab,aktif,berkeyakinan dan berupaya mengawal diri serta menghapuskan amalan-amalan negatif seperti melepak dan sebagainya.

Pendekatan pelaksanaan Program Rakan Muda adalah berdasarkan kepada sembilan Gaya Hidup yang digubal bagi memenuhi citarasa golongan muda. Sembilan Gaya Hidup tersebut ialah Rakan Rekreasi,Rakan Wajadiri,Rakan Sukan,Rakan Kecergasan,Rakan Wirausaha dan Wiramahir, Rakan Masyarakat,Rakan Cinta Alam dan Rakan Seni Budaya.
Sejak Rakan Muda dilancarkan sehingga tahun 2006,seramai 5.35 juta remaja telah menyertai Program Rakan Muda melalui 267,489 aktiviti.Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada remaja kerana ia berkonsepkan “Dari Remaja Untuk Remaja”. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan,Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Mei 2007 telah bersetuju untuk meneruskan program ini di bawah Program Rakan Muda dengan pendekatan baru bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di mana golongan remaja lebih terdedah kepada cabaran globalisasi dan arus pembangunan negara yang pesat.

RAKAN MUDA REMAJA SIBER

Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja.Befungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa.

RAKAN MUDA WAJADIRI

Jatidiri,Bertanggungjawab,Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda.Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang,kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.
Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda,KBS atau melalui Persatuan Seni Silat Sekolah,Taekwondo,Karate-Do,Silambam,Wushu,Tai Chi dan Ching Kung.

RAKAN MUDA MASYARAKAT


Patriotisme,Cinta Negara dan Penyayang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap.
Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda,KBS atau melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian),Kelab Lions,Kelab Interact,Kelab Leo,Persatuan Sains Kemasyarakatan,Kelab Pencegah Jenayah,Kelab Rukun Negara,Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna,Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

RAKAN MUDA CINTA ALAM


Khazanah alam yang dipenuhi Flora,Fauna,Haiwan,Sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya.Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.
Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda,KBS atau melalui Kelab Alam Semulajadi,Kelab Kembara/Rekreasi/Memancing/Kayak dan Persatuan Sejarah.

RAKAN MUDA WIRAUSAHA


Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan?Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang.
Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda,KBS atau melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah,Kelab Pelabur Bijak,Kelab Usahawan Muda,Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga,Persatuan Prinsip Akaun/Ekonomi dan Kelab Koperasi Sekolah.

RAKAN MUDA KECERGASAN (Termasuk Sukan Dan Rekreasi)


3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan,Rekreasi dan meningkatkan Kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda,fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti,menarik,sihat dan berdisiplin.
Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda,KBS atau melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.

RAKAN SENI BUDAYA


Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar.Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.
Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda,KBS atau melalui Persatuan Muzik dan Gendang,Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang,Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni,Pasukan Pancaragam Brass,Pasukan Pancaragam dan lain-lain.

RAKAN MUDA INOVASI


Kreatif,inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih,moden dan maju.
Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda,KBS atau melalui Kelab Aeromodelling,Kelab Astronomi,Kelab Seni Foto,Persatuan Kemahiran Hidup,Persatuan Elektronik,Persatuan Motor Mekanik.

ANUGERAH REMAJA PERDANA

Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa "The International Award For Young People" yang beribu pejabat di United Kingdom.
Untuk menyertai aktiviti ini,hubungi Jabatan Belia dan sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

RAKAN MUDA SUKARELAWAN


Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bersama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi didalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa.Aktiviti yang dijalankan akan memberi pendedahan terhadap insiatif diri dan sentiasa peka dan berkhidmat pada dan bila-bila masa mereka diperlukan dimana sahaja.
Untuk menyertai aktiviti ini,hubungi Jabatan Belia dan sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Rakan Muda Jiran Muda


Dalam menangani masalah sosial,program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat.Program yang berbentuk kemasyarakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.
Program ini juga dapat memberi peluang remaja mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah bersama rakan sebaya.Kem Rakan Muda Jiran Muda (Kem Musim Cuti) dan program hujung minggu di kawasan perumahan melalui program 'Weekend Champs' melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Untuk menyertai aktiviti ini,hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

RAKAN MUDA WAWASAN DESA

Kepimpinan,Kesedaran dan Kerjasama antara masyarakat bandar dan desa adalah aspek bagi pembangunan peribadi remaja keseluruhannya.Program ini membantu remaja dalam dan luar bandar membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh.Spiritual,Mental dan fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin,dinamik dan penyayang serta akan menjadi contoh yang baik bagi generasi akan datang.
Untuk menyertai aktiviti ini,hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Mekanisma Pelaksanaan

Pelaksanaan ini bertunjangkan Kelab Rakan Muda Parlimen di setiap kawasan Parlimen sebagai ‘nukleus’ gerakan pembangunan remaja yang menyeluruh. Pelaksanaan Program Gaya Hidup Rakan Muda diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dengan 10 agensi kerajaan iaitu :

Kementerian Pengajian Tinggi-Kelab Rakan Muda IPT
Kementerian Pelajaran-Anugerah Remaja Perdana
Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan-Gaya Hidup Rakan Muda Senibudaya
Kementerian Luar Bandar dan pembangunan Wilayah-Rakan Muda Wawasan Desa
Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan masyarakat-Gaya Hidup Rakan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi-Gaya Hidup RakanWirausaha wira mahir
Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani-Rakan Muda Wirausaha-pertanian
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi–Gaya Hidup Rekacipta
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar–Gaya Hidup Rakan Cinta Alam
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan–Sekretariat Rakan Muda Kawasan Perumahan
Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional–Rakan Muda Jiran Muda (RMJM)


Sekretariat Rakan Muda berperanan untuk mendaftar keahlian,menentukan dasar,penghubung antara kerajaan dengan remaja melalui kelab.Antara sekretariat yang telah ditubuhkan adalah :
Sekretariat Rakan Muda IKBN/IKTBN.
Sekretariat Rakan Muda IPT.
Sekretariat Rakan Muda Kompleks Belia dan Sukan Negeri.
Sekretariat Rakan Muda Kawasan Kemajuan Tanah.
Sekretariat Rakan Muda Kompleks Rakan Muda.
Sekretariat Rakan Muda Industri.
Sekretariat Rakan Muda PBT.
Sekretariat Rakan Muda Agensi yang terlibat.
Sekretariat Rakan Muda Maktab Perguruan.

Kad Rakan Muda merupakan kad keahlian untuk program Rakan Muda.Kad ini diberikan kepada ahli Rakan Muda secara PERCUMA.Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli mengikut penglibatan mereka dalam aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan dan selaras dengan usaha kerajaan membina insan yang berkualiti.Kad ini juga memberi banyak keistimewaan dan ganjaran kepada ahli.

SEMAKIN TINGGI TARAF KAD YANG DIMILIKI,SEMAKIN HEBAT GANJARANNYA!!


KRITERIA UNTUK MENJADI AHLI

Kad Rakan Muda Klasik

Ahli yang memohon untuk kali pertama akan menerima kad keahlian Rakan Muda Klasik.

Warganegara Malaysia.
Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.

Kelebihan :
Diskaun/Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian.
Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah.
Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa.
Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas.

KRITERIA UNTUK MENJADI AHLI

Kad Rakan Muda Emas

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :

Warganegara Malaysia.
Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
Telah menyertai 10 dan lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda.
Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Perak.

Kelebihan :
Diskaun/Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian.
Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah.
Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa.
Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan.
Baucer dan promosi/pakej istimewa.
Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta.

KRITERIA UNTUK MENJADI AHLI

Kad Rakan Muda Platinum

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :

Warganegara Malaysia.
Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
Telah menyertai 20 atau lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti Rakan Masyarakat.
Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Emas.
Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang diiktiraf berjasa dan memberikan sumbangan besar kepada negara.

Kelebihan :
Diskaun/Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian.
Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah.
Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa.
Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta.
Jemputan khas/istimewa ke seminar,majlis makan malam,bengkel,pertunjukan.
Kelayakan menerima kemudahan pinjaman/biasiswa bagi ahli yang ingin menyambung pelajaran ke IPT.
Peluang meyertai aktiviti / program lawtan ke luar negeri Anjuran Bahagian Rakan Muda.

Untuk mendapatkan borang berserta kad rakan muda sila hubungi :

Irwan Shah Bin Ishak (Chello) 013-4150688
(Pengerusi Kelab Rakan Muda Ipoh Barat)

Muhammad Sahiz Bin Jaafar (Cha_Air) 019-5633300/012-5148445
(Setiausaha Kelab Rakan Muda Ipoh Barat)

Borang Untuk Anda
Nama:
Alamat Email:
HP/Tel Anda:
Sila Klik Pilihan Anda Aduan Maklum Balas Pendapat
Apa Yang Anda Hendak Katakan:

Segala Maklumat Diatas Akan Dirahsiakan Oleh Kelab RMIB.Kami Akan Balas Melalui Email Anda.